Rabu, 16 Januari 2013

Tidak Update Sudah Lama

Okeh.. 5minit berlalu tapi masih tiada idea untuk apdet belog yang feymes ini.. ramai pembaca setia belog P.A.T yang membutuhkan apdet terbaru dari P.A.T.. email-email yang diterima jelas memancarkan kekecewaan pembaca setia yang tidak putus-putus mengirimkan email ke inbox puakaanglerztribe@gmail.com.. maaf dipinta kerana kesibukan duniawi menjadikan kami di P.A.T lalai dan hanyut.. dalam erti kata lain.. pi mancing kalu xdapat curut kompom kumpau yang konsisten..

bertalu-talu email masuk..

Okeh.. cukup la memperasankan diri.. sedikit apdet berkenaan aktiviti pancingan ahlul P.A.T.. seperti biasa kekumpauan kritikal yang konsisten sering melanda ahlul P.A.T walau di mana mereka berada.. jika ada yang tidak kumpau pun.. pastinya hasil yang tidak boleh dibanggakan.. jika hasil marbeles pula pasti tangkapan dari dalam reban atau dari tempat yang sama dan mempertaruhkan spisis ikan yang sama setiap kali.. kalu bukan baby GT musti beliau dapat baby GT.. lepas dapat baby GT baru la baby GT yang naik..

carta menunjukkan perincian aktiviti ahlul P.A.T pada tahun 2012

Tidak dinafikan.. tahun 2012 merupakan tahun yang begitu sibuk bagi kebanyakan ahlul P.A.T.. adalah diharapkan agar kesibukan melampau tersebut dapat dikurangkan dan sekaligus memberi laluan kepada lebih banyak trip memancing dengan tangkapan yang lebih marbeles iaitu bukan haruan curut atau baby GT.. pesanan sudah dihantar kepada spisis akuatik agar mempertingkatkan sistem keselamatan masing-masing.. ini kerana tahun 2013 ini dijangka ahlul P.A.T akan kembali mengganas walaupun Gemang xdesign lagi logo P.A.T edisi 2013..

sekian terima kasih..

Jumaat, 11 Januari 2013

2013 P.A.T BARRA MASTER

 
Jika tahun-tahun sebelum ini, Puaka Anglerz Tribe(P.A.T) menganjurkan tonomen Haruan King, penganjuran tonomen bagi tahun ke-4 ini mensasarkan ikan Siakap/Barramundi/Selunsung sebagai ikan sasaran. Cara untuk menyertainya cukup mudah dan tidak perlu membayar yuran atau wang perlindungan. Cuma perlu:

1. Join Group Fesbuk P.A.T
2. Kami akan add anda ke dalam Group 2013 P.A.T Barra Master
3. Jika selepas anda join Group Fesbuk P.A.T tapi anda belum di add ke Group 2013 P.A.T Barra Master, sila request untuk join Group 2013 P.A.T Barra Master.
4. Kemudian barulah anda boleh post gambar penyertaan di dalam Group 2013 P.A.T Barra Master.

Jadik apa tunggu lagi?? Dalam Tonomen Haruan King 2012, sebatang joran tempah khas Thomas Stroker menjadi hadiah utama, bagi 2013 P.A.T Barra Master ini pula, sebijik reel baitcaster Daiwa model Zillion mungkin bakal menjadi milik anda. Dan mungkin kita dapat rekodkan Siakap/Barramundi/Selunsung terbesar tahun ini.

So Let The Hunt Begin!!!