Sabtu, 27 Jun 2009

Santai Mengudang...

Teks & Foto oleh Terubuk

“Buk, mancing udang di Kinowit jom…” kata Figos padaku… Aku kata set……Maka terjadilah komplot ni….. Setelah mendapatkan bekalan umpan, kami gerak dari Sibu hampir jam 4 petang…..
Setibanya ke lokasi, kami terus memancing di tepian sungai di Kinowit….. Udang saiz ini mendominasi tangkapan….


Pemandangan di lokasi memancing……


Ini sahaja hasil pancingan kami….. Jadi la….


Trip terkezut, tak banyak nak ditulis pasal ni…..Jadi, sekian….
Wasssalam…….

Juak oh Juak...

Teks & Foto oleh Terubuk



Perancangan untuk memburu spesis sebarau yang mempunyai 3 garisan dibadannya lebih dikenali sebagai “Juak” di Sarawak telah lama dirancang.Untuk menjayakan trip kali ini kawasan sekitar Sibu menjadi pilihan kerana lokasinya berdekatan dengan rumah kediamanku. Perkenalan aku terhadap bro Rac telah menjadikan trip ini suatu realiti…..Perjalan ke destinasi mengambil masa kira-kira 3 jam dari Bandar Sibu. Perjalan yang melalui jalan balak tidak menjadi halangan bagi kami semua. Aku, Okie dan Figos tiba awal ke kawasan Pekan Pakan.




Sementara menanti ketibaan Rac dan rakannya, kami melepak dan si Okie tetiba aje buang tebiat nak curi buah durian ni…. Agaknya kesan daripada tak cukup tido malam tadi kot….
Hahahahahahahaha……Setibanya di lokasi, air agak keruh. Peluang agak tipis untuk mendapatkan spesis buruan. Dah alang-alang sampai kami takkan mengalah. Pemandangan di lokasi ini amat mendamaikan.


Dengan menaiki sampan kami mudik ke hulu, mudik ke hilir untuk mencari lubuk persembunyian spesis buruan. Malangnya hampa…



Setelah berehat untuk makan tengah hari Rac tetiba menghilangkan diri….Entah ke mana perginya…. Tau-tau aje dia membawa sekor ikan balik ke kawasan rehat…. Ini menjadikan kami bersemangat semula untuk melakukan acara casting semula…




Tak lama kemudian giliran Oliver pula mendaratkan sebarau@adong.....


Semasa kami tengah bersemangat casting, secara tiba-tiba paras air sungai naik. Keadaan air pun menjadi lebih keruh… Sah…. Ada hujan di hulu sungai yang menyebabkan fenomena ini terjadi….Jadi kami semua mengambil keputusan untuk menamatkan acara casting pada hari ini….Untuk menghilangkan rasa letih kami pun bertukar menjadi dugong dalam sungai tu….Hahahahahahaha……

Ada macam kulit Album kumpulan Wings tak?Album Hukum Karma……Ini episod pertama Marathon ku bersama Okie….Ikuti kisah selanjutnya nanti…..

Khamis, 25 Jun 2009

Memburu Haruan KLIA...

Teks & Foto oleh Burned Steel


Untuk trip kali ni, aku dijemput oleh Ketua Lanun dan man tomoi untuk menyertai trip pencarian haruan mereka di sekitar kawasan KLIA - LCCT, Sepang. Dah lama rasanya tak mancen haruan. Ataupun mungkin kumpau tak dapat haruan... Itu yg sebenarnya... Ekekeke... So, aku pun tak menolak jemputan mereka dan terus bersetuju sahaja. Harap2 dapat la renew lesen haruan aku yg dah lama luput... Hehehe...
Lokasi : Kawasan sekitar KLIA - LCCT, Sepang.
Tarikh : 9 Mei 2009.
Target : Haruan.
Ahli : Aku, man tomoi & isteri, ketua lanun, oscar, rajautara, pla chon, azizian dan beberapa rakan lain yg aku tak ingat nama... Maaf...
Setelah ada sedikit kesilapan pemberian maklumat, aku agak terlambat untuk keluar dari rumah... Masa aku sampai, kebanyakan ahli dah pun meredah port untuk memburu. Yg menunggu aku di parking cuma ketua lanun. Sampai ja kat situ, dapat plak nasik lemak free sebungkus... Hehehehe... Terima kasih... Dapat la bersarapan. Huhuhuhu... Lepas sarapan terus ja aku dan ketua lanun menyertai ahli2 lain.
Port memang hardcore la... Parit dalam ladang kelapa sawit yg penuh lumut. Hanya katak dan sp kalis sangkut ja yg sesuai digunakan... Katak, hehehe... Takkan aku pakai... Tak lalu nak megang... SP pulak, aku tak berapa reti nak guna. Baru sekali jer dapat ikan guna SP. So, tu jer pilihan yg ada. Aku pilih SP!!! Huhuhuhu... Ada rezeki ada la... Kalau takda, aku redha...

Port pertama yg kami kunjungi...



Ketika bertemu dengan ahli2 lain, beberapa ekor haruan telahpun berjaya dinaikkan. Terdapat juga beberapa kes tali putus dikerjakan haruan di situ. Aku dengan penggunaan SP tidak dapat meraih apa2. Mungkin teknik salah kot... Bedal jer lah... selain aku, rajautara juga menggunakan SP sebagai umpan. Yang lain2 semua pakai katak.



Pemburuan haruan secara berjemaah... Hehehe...
Setelah port pertama tidak mendatangkan apa2 penambahan hasil, kami terus bergerak ke port kedua. Kali ini kami singgah di kawasan kolam terbiar. Kolam ini agak lapang dan membenarkan penggunaan gewang dan janggut tapi aku plak tak bawak janggut. Gewang plak aku tinggal dalam kereta. Malas nak amik. So, aku teruskan penggunaan SP. Banyak jugak ragutan yg aku terima tetapi semuanya rabut... Aiyark... Susah jugak nak timing SP nih... Terlalu awal sentap, ikan tak telan lagi. Lama sangat plak, ikan dah ludah balik... Adedeh...
Man tomoi yg menggunakan umpan katak mencuba di tempat yg aku rabut... Hanya beberapa kali cast, umpannya terus bersambut... Huhuhu... memang dah makanan dia... Sekejap ja dah kena... Dan ahli2 lain yg menggunakan katak juga dah menaikkan haruan... Heh... Susahnyer aku nak pakai SP nih... Takpa... Slow2 belajar...


Man tomoi dengan haruannya...
Seketika kemudian terdengar kecoh di kolam belakang aku. Rupa2nya pla chon mendapat satu sambaran yg agak kasar dari penghuni kolam. Beberapa minit diperlukan sebelum tertumpasnya seekor haruan anggaran sekilo lebih. Kecoh jugak la sekejap... Bukan senang nak dapat saiz tu dalam kawasan bandar macam ni... Hehehehe...

Pla chon dengan haruan anggaran sekilo lebih...
Hati makin terbakar... Lesen tak dapat lagi nih... rajautara yg menggunakan SP berspinner kemudiannya mendaratkan seekor haruan... Hahahaha... Aku jer la yg tak reti pakai SP. Bukannya tak efektif tapi teknik yg penting... Bukannya takda sambaran. Banyak kali!!! Tapi timing yg sesuai untuk hook up masih belum dapat. Semuanya rabut... Susah jugak rupanya...

Rajautara dengan haruannya...

Jarak dekat haruan dengan SP berspinner...
Hari dah makin panas, air minuman plak aku tak bawak banyak. Lesen plak tak dapat lagi... Memang tekanan perasaan... Ahli lain pun dah ramai yg merasa menarik haruan dari yg bersaiz curut sampai la yg bersaiz sedap. Memang mencabar kesabaran... Hehehehe... Jeles pun ada... Racun untuk menggunakan katak dah bertalu2 sampai ke telinga tapi aku tetap dengan pendirian untuk menggunakan SP... Kalau selalu mengalah, bila mau retinya... Hahahaha...


Lagi haruan dengan umpan katak...
Setelah cuaca menjadi semakin terik, kami pun sekali lagi bersetuju untuk pindah port lagi... Errr... Tak singgah makan atau minum la pulok... Gilo ah diorang nih... Tegar betul... Aku dah rasa cam nak pengsan... Hehehehe... Masa berehat seketika, azizian dan beberapa rakannya tiba untuk menyertai aktiviti seterusnya. Sembang2 kejap, terus bergerak ke port berikutnya. Mujur lah dalam ladang kelapa sawit sekali lagi... Ada gak tempat berteduh...


Lokasi ketiga...
Di lokasi ketiga ini nampaknya bukanlah port yg terbiar kerana banyak kelihatan kesan2 memancing oleh orang lain. Tetapi baru beberapa ketika sahaja memancing, beberapa ragutan telah diterima oleh ahli2 trip. Yg double hook up pun ada. Banyak jugak haruan kat sini. Aku pun tanpa membuang masa terus mencuba di beberapa spot yg dirasakan berpotensi. Masih tetap sama... Ragutan diterima tetapi masih rabut. Rasa nak bubuh gam gajah ja kat SP nih... Huhuhuhu...


Ketua lanun yg mendapat strike pada awal2 sesi ketiga...


Habis disemua tempat kena geledah... Hehehehe...



Di port ini, ramai yg mendapat strike. Walaupun di spot yg haruan telah dinaikkan, bila dibaling umpan sekali lagi, masih ada haruan lain yg menyapa. Punya la banyak haruan kat sini... Hampir kesemua ahli dah pun menaikkan haruan di sini... Aku pulak hanya mendapat strike2 yg tak berjaya di hook up kan... Sedih... Keh keh keh... Macam nak kumpau ja...


Lagi haruan dengan SP...



Setelah beberapa percubaan yg gagal, rasa give up mula terasa. Dah la lapar... Memang dalam kepala duk pikir tilam kat rumah ja... Dapat makan sampai kenyang, pastu tido, fuhhh... Memang mantap... Hehehehe... Tapi tangan terus jugak mencampak dan menarik kembali SP tanpa henti. Beberapa kali balingan akhirnya satu sambaran kecil diperolehi. Dan kali ni timing yg sangat susah nak dapat tadi berjaya juga dilakukan. Semasa hendak menaikkan ikan, boleh pulak terlucut. Mujur la ikan jatuh atas tebing. Hehehehe... Selamat lesen aku... Curut jer tapi jadi la... Janji tak kumpau... Hehehehe...

Si curut dengan SP yg rajautara bagi...



Dah boleh la berehat aku nih... Hehehehe... Tak larat dah... Jadi pemerhati jer lah. Memerhatikan kawan2 lain menaikkan haruan tanpa henti... Hahahaha... Kalau dapat air sejuk, boleh la jugak aku sambung... Kekeringan plak rasa... Lepak jer la kat bawah pokok... Tapi dah agak puas hati jugak rasanya kerana berjaya menaikkan haruan dengan menggunakan SP... Banyak lagi yg perlu aku belajar dalam penggunaan SP nih...


Antara korner yg banyak mengandungi haruan...


Antara hasil yg berjaya ditewaskan...


Haruan terbesar yg digandingkan dengan botol mineral water 1.5 liter...


Bergambar kenangan sebelum menamatkan sesi casting... Azizian dan membernya masih casting dan tiada dalam gambar...
Setelah semua berpuas hati dengan hasil pemburuan, akhirnya trip kali ini pun ditamatkan tanpa sebarang perkara buruk berlaku... Terima kasih pada ketua lanun dan abang man tomoi kerana sudi menjemput aku menyertai trip kali ini. Terima kasih juga pada semua ahli2 lain yg sporting... Best!!! InsyaAllah kalau ada rezeki, lain kali kita jumpa lagi...
p/s: Aku lupa nak setting tuk upload gambar supaya besar... Sorry... Dah siap baru aku perasan. Malas la nak upload lagi...

Di Buli Di Bintulu!!!

Teks & Foto oleh Nakdesa

Sebenarnya saya ni bukan rajin sangat nak buat laporan, apatah lg nak snap gambor masa trip mancing ni.... Perjalanan saya ke Bintulu sebenarnya hanya merupakan kunjungan utk berjumpa rakan di Bintulu yang sealiran, mereka ni merupakan kaki jigging tegar. Tujuan lain adalah untuk meninjau dan bertukar-tukar ilmu jigging dan tips terbaru dr mereka. Kebetulan pula Izuddin sudi mengikuti saya sebagai teman dlm kunjungan saya ke Bintulu pada 24 - 27 April lalu....
Kami hanya berkesempatan memancing semalaman sahaja, kami turun pada tengahari Sabtu dan kembali ke pantai pada pagi Ahad, ahli yang pergi ialah saya(nakdesa), Izuddin, geng Sarawak- Nasir, Junai dan Edel (tuan punya bot dan tekong)
Ni bot fiber yang digunakan, memang selesa utk kami berlima....perjalanan ke pelantar minyak hanya mengambil masa 40minit sahaja.



Sebelum mengharungi laut ke destinasi,saya sempat melihat jig yang telah digunakan oleh Edel utk melayan spesis predator sana... Sebelum mengharungi laut ke destinasi,saya sempat melihat jig yang telah digunakan oleh Edel utk melayan spesis predator sana...


Semasa siang tak banyak sambaran yang diterima...maaf kami tak snap gambar, si izuddin pun tak bawak kamera.... Izuddin mengunakan reel Saragosanya da saya pula guna Navi 8kpg dipadankan dengan rod Blue Fin Tuna PE 3-6...tapi malang buat saya apabila di rentap oleh spesis yang tidak diketahui berhampiran tiang pelantar minyak sehingga mainline saya putus,kemungkinan bergesel dgn tiang pelantar tersebut...lalu saya menukarkan setup reel OceanoJ dipadankan dgn Monster Mesh PE 2-4 (ni Aliputat punya)....rakan2 dari bintulu pula mereka hanya menggunakan setup PE 1-3 saja...reel seperti FreamJ dan OceanoJ..... gambar yang ada cuma dlmphone si Izuddin saja ketika dia sedang menerima ragutan sang eron (jenahak)...tunggu dia upload ya....
Sambaran yang banyak diterima, setelah waktu malam menjelma.... Izuddin terpaksa menukarkan reel Saragosanya kepada reel Stella 8k SW(dia pinjam dr Aliputat),kerana Saragosanya minta ampun kerana tenggiri Bintulu teramat ganas, banyak ragutan kami terima dari spesis predator di sana, tapi banyak juga yang berjaya meloloskan diri akibat dari shockleader putus, ikan berjaya melepaskan mata kail, split ring terkangkang (owner 80lb) dan lain2. Stella yang digunakan sama gak....mintak ampun... kalau tengok setup nampak dah overkill dgn tenggiri, namun ketika perlawanan berlangsung hampir 10minit, di saat nak timbul, spesis ni membuat pecutan terakhir.....
Jig... saya kehilangan Yo Zuri blanka 2 ketoi yang mana baru dibuka dr plastik/kotak pembalut...jig yang lain apa lagi...takkira dah... balik beg rasa ringan....
Dlm sinaran lampu dr pelantar minyak kami memerhatikan lompatan-lompatan tenggiri dalam mengejar mangsa...terhibur gak...


So ini lah hasil keseluruhan kami berlima....



semua hasil ni dgn jigging saja... teknik horizontal/jigcast....



ni gambar kenangan dgn geng sana... dr kiri - Junai, Din, Edel dan Nasir...saya ambil gambar...







ni pula Din nak bergambar...


Saya dgn Din amat terharu dgn layanan dari Edel,Junai dan Nasir sepanjang lawatan kami di sana, mereka amat menitik beratkan semangat setiakawan, makan dan minum atas bot memang cukup, siap dgn air panas dlm termos lagi...masa atas darat, Edel ni ada kedai makan, asyik makan ikan tenggiri segar je ler......


Ni tenggiri goreng majerin di cicah dgn kicap kipas udang dan diperah asam limau dan campur dgn cili potong...perghhhhh.....tak hingatpunya....



ni pula baki jig saya yang tercedera....
Dari mulut si Din pula,dia memaklumkan pada saya...dah lama jig dia dlm simpanan dah turun kat Penang berapa kali...tak da pun calar... turun kat Bintulu, semua jig calar balar... jig jd tukun lagi.....
Akhir kata saya mohon kemaafan sekiranya laporan ni membebel saja sebab gambar tak banya...
terima kasihhhhhhhhh............

Rabu, 24 Jun 2009

Santai Sedeli - Rezeki kumpau...

Teks & Foto oleh Burned Steel

Sedeli... Erm... Belum pernah terpikir lagi aku nak ke sana untuk memancing. Tapi tiba2 jer aku dapat satu jemputan atas angin dari Fareez untuk mengisi kekosongan bot yang ditempahnya untuk satu trip ke sana. Ermmm... Aku setuju memandangkan tarikh yg dia bagi tu kebetulan aku takda kelas. Lagipun boleh jugak aku tambah ilmu dan pengalaman memancing di tempat baru. Dia pun kata pegi kali ni santai2 ja. Pegi ngan muka2 baru. Saja seronok2. Takda harapan tinggi pun...
Fareez agak sibuk dengan urusan kerja hariannya menyebabkan tiada sesi taklimat untuk aku. Sehari sebelum berangkat baru aku dapat jumpa dia untuk bersembang. Kebanyakan set up yg dia cadangkan memang aku takde. Hehehehe... Kami ke kedai pancing di Sri Kembangan pada hari tersebut. Tetapi memandangkan aku tgh kopak, takde apa yg dapat aku beli. Mujur la Fareez kata pakai set dia aja. Aku kalau datang bawak teloq ja pun takda hal katanya. Hahahaha... So, akhirnya dapat jugak la aku merasa memancing di perairan Sedeli...
Lokasi : Perairan Sedeli, Johor.
Tarikh : 11 - 12 April 2009.
Ahli : Aku, Fareez, Fairuz, Zuraidi, Alaudin, Ijam dan Emi.
Bot: Pak Aris.
Tekong : Pok Na.
Kami mula berkumpul di rumah Fareez sebelum bertolak. Sebuah kereta dan sebuah 4WD menjadi pengangkutan kami. Perjalanan dimulakan agak lewat kerana hari hujan. Hujan lebat dalam perjalanan melambatkan lagi ketibaan kami ke Sedeli. Jalan agak teruk keadaan trafiknya kerana terdapat beberapa eksiden di sepanjang perjalanan. Tanpa cerita banyak, kami sampai di Sedeli lebih kurang jam 2 pagi. Memang la masih awal dari ketibaan bot iaitu pada jam 3.30 pagi tapi selepas sesi makan2 di Restoran Jenggo, masa untuk berehat agak terhad sebelum memulakan sesi pancingan.
Kami kemudiannya terus menuju ke Jeti Sedeli Besar dan di sana kami berjumpa dengan geng BUDUZ dan DAC yg juga akan memancing di perairan sama pada waktu yg sama. Kami berehat seketika di rumah tekong yg berada berhampiran dengan jeti. Setelah bersembang ala kadar, masa untuk menaiki bot pun tiba. Kami menyewa bot yg berasingan tetapi kepunyaan org yg sama dengan bot yg geng BUDUZ dan DAC sewa. Sesi memunggah barang ke dalam bot dilakukan secara bergotong royong oleh kesemua ahli trip ketiga2 bot. Terima kasih atas kerjasama anda semua... Hehehehe...

Menunggu ketibaan bot di jeti...


Barang2 yg kami bawa...

Setelah selesai memunggah barang ke dalam bot, ketiga2 bot mula bergerak menuju ke lokasi pemancingan. Baru sahaja nak meninggalkan jeti, tiba2 seekor kucing yg dari mana datangnya keluar dari ruang enjin bot. Kelam kabut la kejap jadinya. Bot kami terpaksa berpatah balik untuk menghantar kucing tersebut ke darat. Sekali lagi kucing tersebut masuk ke ruang enjin mungkin kerana takut dikejar oleh kami. Agak lama di jeti, kucing tersebut tidak dapat dijumpai. Jadi, perjalanan terpaksa diteruskan dengan kehadiran seekor kucing sebagai ahli tambahan yg tidak akan memancing. Kalau dia nak mancen pun takda hal... Aku tak kisah jer. Hahahaha... Jadi, bot bun bergerak keluar sekitar jam 4.30 pagi dan ditinggalkan jauh oleh kedua2 bot yg lain.

Hari dah agak cerah pun kami belum tiba ke unjam...


Hujan lebat yg menyambut kedatangan kami...
Kami tiba di unjam pertama agak lewat dan sesi mengapollo umpan terus dilakukan. Aku jer yg rilek2 isap rokok sebab maleh nak mandi ujan pagi2 yg sejuk nih. Hehehehe... Layan apollo pun ala kadar jer aku. Ikan umpan agak kurang di sini. Tekong mengatakan kalau masa umpan banyak, dua tong tu selambe jer dapat dalam masa yg singkat. Patah tangan jugak nak layan apollo lama2 memandangkan batu no.18 pun hanyut hampir2 melintang. Arus terlalu kuat. Dah la alun pun boleh tahan jugak dangdutnya. Banyak kali apollo kami bersilang2 sesama sendiri. Jenuh wooo... Dah la rehat tak cukup... Aiyark...


Antara set pancing yg kami gunakan...


Persiapan peralatan di dalam bot adalah aktiviti wajib...



Setelah penat layan apollo dengan hasil yg agak kurang, kami terus ke lokasi pancingan yg tidak berapa jauh dari situ. Kalau tak salah aku la... Lupe plak. Banyak sangat goyang dalam bot membuatkan aku bingung seketika... Huhuhuhu... Acara yg kami lakukan ialah sesi drift, bottom, apollo serta apollo berumpan. Tidak banyak bezanya dengan di unjam tadi. Umpan drift lansung tidak berusik. Hanya pancingan apollo dan apollo berumpan menaikkan sedikit ikan2 umpan dan ikan2 karang bersaiz kecil. Alun masih tidak berhenti dan ini menjadikan sesi mengunjun apollo agak membahayakan.
Setelah beberapa lama dengan hasil yg sedikit, kami berubah lokasi lagi. Hujan sudahpun berhenti tetapi alun tetap tidak mahu menunjukkan belas kasihannya kepada kami. Sepanjang masa keadaan laut tidak tenang dengan alun dan arus yg laju. Mungkin di dalam laut takda speed trap. Sebab tu tak reti nak slow arus2 kat sini. Adedeh... Hasil masih dikategorikan belum memuaskan walaupun sudah beberapa jam sesi pancingan dimulakan. Hanya beberapa ikan bersaiz hidangan yg dapat dinaikkan. Yg lain2 boleh dikategorikan sebagai bersaiz kecil. Mujur lah ikan umpan bersaiz kasar. Boleh la simpan sikit buat lauk. Selar dan kembungnya boleh dikatakan berada dalam kategori saiz yg berharga mahal di pasaran... Boleh la... Pada takda lansung...

Antara ikan bersaiz hidangan...


Bergambar semasa dalam perjalanan bertukar spot pancingan...


Bot2 lain yg berada berhampiran...
Setelah beberapa lokasi bertukar, hasil kami masih tidak banyak perubahan. Umpan drift tetap tidak bersambut. Jadi, daripada mengharap ikan2 besar, baik kami kutip ikan2 apollo dulu. Ada jugak benda nak bawak balik. Walaupun ikan umpan dan ikan karang juga agak kurang, sekurang2nya ada juga bertambah walaupun sedikit. Nak hardcore sangat pun tak larat. Arus tetap tidak membenarkan kami menggunakan batu bersaiz kecil. Memang trip santai jer la. Kalau larat, turun la umpan. Kalau tak larat, ganti dengan orang lain. Atau lebih santainya, semua sekali baring layan golek. Hahahaha... Kami pun tak berharap sangat sebab 4 daripada 7 orang ahli kami adalah muka2 baru yg hanya suka2 mahu turun ke laut.


Setia menanti umpan disambut penghuni dasaran...


Ikan delah yg sudi melayan penantian...
Tgh hari alun semakin kuat... Aku dah mula rasa cam nak mabuk... Uuuu... Isi perut rasa macam sedang berlari2 tak tentu hala. Tekak makin loya. Last2 duduk kat birai bot juge la gamaknya... Menaburkan umpan2 rasuah sebanyak mungkin. Tapi macam tak puas. Tak keluar semua... Jolok tekak pun takmo keluar. Aku pun mengambil keputusan untuk tidur jer... Sedang aku sedap2 tido terdengar kecoh di luar bot. Rupanya sesi berhanyut sudah bermula. Dari tingkap kabin aku nampak ahli2 lain sedang gembira menaikkan kerapu. Dengar2 macam banyak. Tapi aku buat bodo jer sebab badan masih tak larat. Jadi, takde la gambar mereka melayan kerapu. Atau lebih tepatnya, takde la aku dapat naikkan kerapu bersama mereka. Hehehehe...


Dah nama pun trip santai, mesti la berbaring2an... Hehehe...


Air rasmi sukan memancing... Ekekekeke...
Ketika hari sudah semakin petang, barulah umpan2 drift mula bersambut. Hasil pertama drift telah berjaya menaikkan seekor todak. Set pancing Fairuz menjadi perantara dan dilayan oleh Fareez. Masa tu Fairuz lepak dengan tekong ke apa. Lupa plak aku... Setelah itu beberapa kali set pancingan Fareez pula mendapat sambaran dari spisis bergigi tajam tapi semuanya rabut dan tak kurang juga yang putus. Yg peliknya hanya set pancingannya saja yg digemari oleh spisis bergigi tajam. Lepas dia, dia lagi. Orang lain pun bubuh umpan jugak. Bukannya bubuh mata kail kosong. Tapi ikan hanya nampak umpan Fareez. Adedeh... Cumanya nasib masih tak menyebelahi kami. Kesemua sambaran pada set pancing Fareez tidak berjaya dinaikkan. Mungkin masih belum ada rezeki... Apa boleh buat...


Hanya todak yg berjaya dinaikkan dengan umpan drift...


Kes umpan dipotong oleh tenggiri adalah perkara biasa di sini...
Apabila hampir senja, sekali lagi set pancing Fareez mengena dengan umpan yg didriftkan. Tentangan yg diberikan agak kuat. Cuma lariannya tidak seperti tenggiri. Setelah beberapa ketika bertarung, ikan yg mengena akhirnya menampakkan diri. Ianya adalah spisis yg sudah dijangka oleh Fareez iaitu alu2 yg bersaiz kasar... Ikan cuba melepaskan diri beberapa kali tetapi berjaya deheret ke tepi bot. Cuma dalam keadaan kelam kabut mencari gancu, akhirnya alu2 besar tersebut berjaya melucutkan diri dari mata kail. Aduiii... Masih takda rezeki la nampaknya... Gamat jugak la suasana di belakang bot. Hahahahaha...



Perairan Sedeli memang mempunyai banyak pulau2 di sekitarnya...
Menjelang malam kami berpindah ke lokasi berhampiran pulau. Alun masih kuat tetapi arus sudah kurang laju walaupun masih menghanyutkan batu no.14 dengan selambe. Set pancingan tetap diturunkan tetapi ramai yg dah masuk tidur meninggalkan set masing2 untuk dilayan oleh ahli yg sanggup bersengkang mata. Tiba2 set pancing Ijam menunduk dengan kasar. Fairuz pun terus melayan ikan yang menjamah umpan hirisan sotong kerana Ijam tiada di situ. Set ringan yg digunakan memberikan perlawanan yg mengasyikkan. Dan setelah beberapa ketika, muncul la mangsanya iaitu seekor cupak bersaiz hidangan...

Saiz cupak yang sedap dilayan dengan set ringan...
Set yang kami tinggalkan untuk drift tidak berusik disebelah malam. Kami pun memeriksa umpan dan keempat2 set drift kami sudah mati umpan kembungnya. Tali pun sudah terbelit2 kerana arus sudah kurang laju menyebabkan ikan umpan dapat berenang untuk membelitkan tali. Tali terbelit agak teruk menyebabkan banyak yg terpaksa dipotong. Aku yg tiada pengalaman drift tak reti nak ikat perambut yg sesuai. Fareez pulak sedang sibuk membuat perambut baru untuk dua setnya. Jadi aku terus memotong perambut lama dari 3 depa kepada 1 depa sahaja dan menggunakannya kembali. Pendek pun pendek lah. Takde ikan makan pun takpa. Memang dari tadi set yg aku gunakan tak berusik. Aku pun meminta Fairuz untuk memasangkan umpan untukku. Kami pun menukar umpan daripada kembung kepada selar kerana ia lebih lambat mati. Kali ini cuma 3 set yg kami gunakan. Aku menggunakan set yg dipinjam daripada Fareez kerana aku takda set yg sesuai. Datang pun bawak barang sikit2 jer. Set yg aku bawak pun tak berapa sesuai. Hahahaha... Fairuz tidak menurunkan setnya kali ini. Aku pun mengambil portnya untuk memacakkan pancingku agar mempunyai jarak dengan dua set lagi. Harap2 kali ni tak berbelit lagi... "Takpa la aku tak mancenpun. Kasi burn je peluang nak rasa tarik tenggiri kat sini" gurau Fairuz... Hehehehe...
Kami menunggu dengan sabar. Hampir dua jam berlalu tetapi umpan tidak juga berusik. Kami mula bersembang2 dan masing2 sudah mula masuk ke kabin untuk tidur. Hanya aku, Fareez dan Emi yg tinggal di belakang kerana kabin sudah penuh. Fareez tidur di lantai bot dan Emi pulak tidur di tempat kami memacakkan rod pancing. Aku yg tak tidur lagi hanya melayan rokok berbatang2 sambil menunggu pancing diusik. Tetapi penantian itu hanya mengundang rasa mengantuk... Kumpau la nampak gaya... Hanya ada ikan apollo jer banyak. Mujur la kerapu sesi berhanyut tadi agak banyak jugak... Dan akhirnya, aku kalah juga dengan rasa mengantuk. Tidur la aku di bangku belakang berbantalkan life jacket... Hehehehe... Daripada aku sorang2 ja tinggal tak tido, baik aku join diorang jer. Tekong dengan awak2 pun dah tido. Apa mau bikin sorang2? Zzzzzz... Tido la jugak dalam kekumpauan...
Huh... Lupa nak bagi tau... Laporan tak abis lagi... Ada sambungan... Yer la... Last sekali masa aku tertido tu, takkan la aku bantai tido dari malam sampai time balik ye dak? Ekekekeke... Walaupun aku mabuk2 dalam bot, agak2 la kan... Ada gak masanya kena bangun dari tido. Hehehehe... So, ni part 2 plak lah...
Sedang syok2 tido tu aku terjaga sebab gila punya sejuk tido pakai seluar pendek jer... Idong ngan telinga rasa cam dah beku. Kaki pun kebas2. Badan lak sakit sebab tido atas papan tanpa lapik. Dah la aku takda isi. Rasa macam bergesek plak tulang dengan lantai bot... Huhuhuhu... Rasa nak kencing plak dah... Isk... Lepas membuang apa yg patut, aku kembali ke tempat tido tadi. Fareez masih lena tido di tempat asalnya. Emi plak dah takda. Mungkin dah berpindah tempat tido ke bahagian hadapan bot. Aku tgk depan, sunyi... Semua dah tido. Aku pun menyalakan rokok untuk ilangkan kesejukan... Beberapa batang gak la abis. Sejuk pun kurang sikit. Tapi mata plak dah jadi segar!!! Adedeh... Takyah la sambung tido...
Aku yg tak tau nak buat apa pun memerhati set2 pancing berumpankan selar tadi. Masih cantik kedudukannya tidak bersentuh... Erm... Dah dekat 3 jam rasanya terbiar macam tu. Takda rezeki lagi la tuh... Tah mati tah hidup lagi umpannya. Malas aku nak cek. Aku mengambil satu lagi set pancing dan mengeluarkan kepingan jig dari kotak jig aku. Layan jigging la kejap. Mana tau ada rezeki. Jig di"lampu"kan setiap 3 unjunan agar sentiasa bercahaya. Mana la tau kot2 ikan nampak. Ekekeke... Tapi setelah beberapa lama berjigging, bayang ikan pun tak nampak...
Jigging pun mula dilakukan sambil lewa dan secara tak tentu arah... Tiba2, sreeeeeeetttt!!! Eh... Ringan jer rasa... Rupa2nya bukan jigging aku yg mengena tapi umpan drift. Cessss... Tak dapat renew lesen jigging... Huhuhuhu... Ni kompom pancing Fareez lagi la nih. Aku menoleh ke belakang memandang set drift Fareez. Kedua2nya tegak. Eh... Bukan dia punya ker? Hehehehe... Rupa2nya set aku yg mengena. Hujung rod membenam ke laut. Kelam kabut gak la. Aku cuba memanggil Fareez tapi dia tak bangun pun... Adedeh... Set jigging masih di tangan kanan. Aku mengangkat set drift dengan tangan kiri dan membuat sentapan sebanyak dua kali. Berpusing2 la rod sebab sentap guna sebelah tangan. Ikan yg terkena pancing terus membuat larian... Sreeeeeetttt... Kali ni lebih panjang bunyinya. Fareez terjaga... Ni la perangai kaki pancing... Member kejut haram takmo bangun. Bunyi drag panjang sikit jer terus sedar... Hampeh sungguh...
Aku meletakkan set jigging di bawah dengan jignya masih jauh di dalam air. Kali ni aku menyentap sebanyak dua kali lagi dengan menggunakan dua tangan. Harap2 solid hook up la. Fareez membantu aku mengarau set jigging yg aku letak di lantai agar tidak terbelit dengan set yg sedang aku gunakan. Ikan agak berat apabila di pam ke atas. Rasanya besar jugak. Cuma lariannya tak seperti tenggiri. Mungkin alu2 agaknya. Beberapa kali ikan hanya membuat larian pendek. Aku mengetatkan drag secara kasar (gelabah ler tuh) sehingga agak ketat. Rod lemax slim max PE3 yang berbatang halus melentur dengan maksimum kerana tekanan drag dari mesin Shimano Saragosa 8000 bertalikan Daiwa Cristal Clear 25lbs. Dengan perambut kejutan xzoga 50lbs sepanjang sedepa dan wire leader hitam Lamses caoted 40lbs sepanjang sejengkal dengan dua mata kail Owner saiz 3/0, aku agak yakin melayan ikan dengan agak kasar. Setelah beberapa minit pertarungan, bayang2 ikan mula kelihatan. Putih dan panjang tapi kurang berkilat. Ikan berenang laju ke kiri dan ke kanan bot untuk melepaskan diri. Dari dalam air kelihatan insang ikan agak terbuka seakan2 alu2... "Alu2 lah" jerit kami berdua. Fareez terus mendapatkan gancu yg ada berhampiran. Ikan terus digancu apabila berada berhampiran bot tetapi terjatuh ketika sedang diangkat. Ikan membuat larian pendek lagi. Setelah dikarau menghampiri bot sekali lagi ikan digancu dan sekali lagi juga ikan terjatuh semula.
"Ahhhhh!!! Lucut!!!" jeritku apabila terasa mata kail terlucut dari mulut ikan tetapi dalam masa yg sama terasa seperti ikan tercangkuk kembali bila aku membuat sentapan. Mungkin mata kail kedua yg menyelamatkan ikan dari terus terlucut... Fareez kali ini menggancu dengan lebih kuat dan terus mengangkat ikan dengan cepat agar perkara sama tidak berulang... Bila ikan berjaya dinaikkan kami agak terkejut... "Wahhhh!!! Tenggiri besar lah!!!" jerit kami serentak. Memang satu mata kail berada di luar mulut ikan... Alhamdulullah... Rezeki jugak akhirnya setelah kumpau seharian... Ada rezeki, ada la... Biar pun ikan jatuh sebanyak dua kali dari gancu dan mata kail terlucut, jika Allah dah kata itu rezeki kita, ia tetap jadi rezeki kita... Bersyukur aku dalam keadaan menggigil. Hehehehe... Gabra beb!!! Selepas ikan berjaya diangkat ke bot baru tekong dan beberapa rakan datang ke belakang. Mungkin terjaga sebab kekecohan di belakang... "Besar ni..." kata tekong. Aku hanya tersenyum kepuasan...
Tenggiri 15kg yg dinaikkan dengan tali mono 25lbs...
Fuhhh... Dah panjang cerita baru ada satu gambar... Keh keh keh... Setelah bergambar, ikan terus dimasukkan ke dalam tong oren di bahagian hadapan bot. Goyang jugak lutut nak angkat ikan berdua dengan tekong melalui bahagian tepi bot yg sempit ketika bot masih bergoyang mengikut alun laut... Setelah selesai menyimpan ikan, aku dan Fareez ingin menurunkan umpan sekali lagi. Umpan Fareez diperiksa dan salah satunya telah dipotong dua tanpa kami sedar. "Ni bila punya kes plak nih?" gesa hati kami. Sekor lagi terlepas... Takpa lah... Sekurang2nya dah seko naik sebagai rezeki... Setelah memasang umpan baru, Fareez kembali tidur dan aku pulak kembali mengunjun jig seorang diri... Setelah lama mengunjun jig, aku nampak ketiga2 pancing drift bergerak2 serentak... Tapi takda plak bunyi drag... Aku cuba mengarau salah satu set pancing. Sekali dah terbelit daaa tiga2 pancing... Last2 aku karau naik semuanya. Leraikan tali yg simpul dan bukak umpan yg dah mati, pastu sambung tido... Huhuhuhu... Lagi syok...
Esoknya aku bangun pagi semua tengah memancing. Aku bangun paling lambat. Hari masih hujan... Sekali lagi aku jadi malas mandi ujan pagi2... Hehehehe... Awak2 pun dah start nak masak megi... Wuuuu... Molek benar lah tu... Lapor dah nih... Tapi tiba2 jer perut tak sedap. Alun kuat di laut dan dalam perut. Sekali lagi aku lepak di birai bot untuk menjolok tekak... Fuhhhh... Umpan rasuah lagi la... Hehehehe... Dah perut kosong, sedap la melantak megi... Kena lak dapat rokok lepas tuh... Fuhhh... Memang komplete la org kata manceng santai. Hahahaha...

Ijam yg rajin layan apollo...

Ikan Toshiba pun jalan jer la...
Hasil disebelah siangnya agak kureng. Maybe umpan hidup pun dah abis. Umpan mati pun dah tak fresh. Bot geng BUDUZ di sebelah bot kami plak berpesta dengan ebek, sagai dan cermin memandangkan diorang ada umpan udang hidup... Jeles plak menengoknyer... Di hadapan bot pulak, tekong yg rajin mengunjun apollo berpuluh mata menaikkan sagai saiz hidangan. Tongkol saiz sekilo setengah pun ada dia naikkan tapi dah jadi hidangan yg enak... Asam pedas yg aku tak merasa kerana tido mabuk... Keh keh keh... Diorang kata best... Rugi tul lah jadi seorang pemabuk tegar... Huhuhuhu...


Antara bot fiber yg ada berhampiran...


Bot yg geng BUDUZ naik...

Tekong serta awak2nya yg sangat rajin...
Beberapa port ditukar dan hasilnya tetap sama. Hanya ikan2 karang yg berjaya kami naikkan bersaiz kecil. Cuma sekali sahaja umpan hidup yg tekong drift dibedal pemangsa bergigi tajam tapi sayangnya terputus dua umpan. Apa boleh buat. Banyak sangat kes rabut dan putus. Masa ni hanya tinggal beberapa orang sahaja yg masih memancing. Yg lain ada yg tido dan lepak2 sahaja. Kira yg memancing pun cuma nak tambahkan hasil serba sedikit untuk dibawa pulang. Sesekali naik ikan tanda pun dah dianggap ok bagi kami yg hanya bersantai... Ikan kecik pun lauk juge kan... Dapat penuhkan tong pun dah ok dah... Kerapu pun ada juga sesekali menelan apollo berumpan...


Fareez dalam usaha memenuhkan tong ikan...

Ada juga hasil yg didapati dari kawasan berkarang...
Setelah beberapa lokasi berpindah dan hasilnya tetap sama, kami bercadang untuk pulang lebih awal. Badan pun dah penat2. Lapar nasik pun ada. Fairuz pulak kata nak singgah makan rojak spesel... Lagi la rasa nak balik cepat. Kui kui kui... Dapat mandi syok nih... Mandi kat bot tak berapa nak feel... Goyang sana goyang sini... Hahahaha... Jadi, keputusan pun dibuat dan tekong bersetuju untuk pulang awal. Cukuplah dengan rezeki yg dah ada... Kami bersyukur walaupun trip nih secara keseluruhannya boleh dianggap kumpau.

Antara hasil ikan apollo...


Sedikit daripada ikan2 dasaran yg kami dapat...


Fareez bergambar dengan awak2 yg pandai masak... Sambal belacan dia boleh bawak ke mimpi wooo...
Dalam perjalanan pulang, kami hanya bersembang2 sesama kami dan juga awak2 serta tekong bot. Dan kemungkinan besar satu trip susulan akan dibuat pada Oktober tahun ini. Jika ada yg berminat boleh la menyuarakan kehendak anda. InsyaAllah kita boleh plan bot lebih... Dalam perjalanan pulang, aku cuma mengambil gambar pemandangan sekitar perairan Sedeli yg indah. Kagum seketika dengan ciptaan Allah. Dan dalam perjalanan pulang ni, air cantik la pulok. Hahahaha... Dah nak balik baru linang airnya. Kurang alun... Keh keh keh... Nasib ler... Selalu memang macam tu. Masa balik baru air cantik. Masa mancing, alun tak agak2...






Antara gambar2 pemandangan yg sempat aku rakamkan...


Jeti Sedeli Besar yg berpemandangan cantik berhampiran masjid...
Setibanya di jeti, kami memunggah barangan dengan cepat kerana nak balik awal. Badan dah sakit2... Dari jauh kelihatan bot geng BUDUZ juga sudah pulang... Jadi kami pun menunggu seketika untuk bersembang2... Tgk hasil diorang, buleh juling mata wooo... Bayan, merah, ebek, cermin, kerapu, semua besar2... Hehehehehe... Rezeki masing2... Setelah bersembang ala kadar, kami pun berangkat untuk makan, mandi, membahagi ikan dan seterunya pulang ke rumah... Masa makan kami singgah makan rojak spesial tapi aku makan mee bandung... Gila sedap... Rasa cam nak tapau ja... Tapi takut kalau dah bungkus tak sedap pulak... Hahahahaha...





Antara hasil yg sedang dipunggah untuk dibahagi sama rata...




Gotong royong memotong dan membahagi hasil...
Hasil keseluruhan:
Tenggiri - 1 (15kg)
Todak - 1 (2.5kg)
Tongkol - 1 (1.5kg - dah jadi lauk)
Cupak - 1 (1kg)
Sagai - 1 (800g)
Ikan2 karang - 1 tong (termasuk yg jadi lauk mewah)
Ikan2 apollo - 1 1/2 tong (termasuk yg jadi lauk dan umpan)
Alhamdulillah trip kali ni dapat menambahkan lagi kenalan dan semuanya berakhir dengan selamat. Aku pun dapat jugak la menambah koleksi rekod peribadi tangkapan tenggiri. Semuanya happy2 tanpa ada rasa kecewa. Kami semua bersyukur kepada Allah dengan rezeki yg diberikannya. Walaupun tak mewah, ia sudah memadai untuk dijadikan lauk beberapa hari... Setelah masing2 bergerak untuk pulang, aku singgah di rumah abangku untuk memberi sedikit daripada hasil tangkapan kepadanya. Sedang membahagi ikan, aku memeriksa bahagian kepala tenggiri yg aku ambil untukku. Mata kail kedua yg sangkut secara nasib tadi hanyalah tersangkut sedikit sahaja di bahagian luar mulut tenggiri dan tak tembus pun. Congkel keluar pun hanya pakai satu jari dah terlucut... Dan mata kail tersebut hampir2 menjadi bentuk "L" kerana bengkok. Ya Allah yg Maha Pemurah... Aku betul2 bersyukur... Andai itu rezeki yg kau tetapkan, biar macam mana mustahil sekalipun, ia tetap menjadi rezeki kami... Alhamdulillah... Sekian... Terima kasih pada yg sudi membaca sampai habis... Ekekekeke...